Assalamualaikum wbt semua.
So nak dijadikan cerita, I mohon dengan IPS untuk masuk makmal buat penyelidikan tapi kena ikut syarat tertentu. Syaratnya adalah seperti berikut:
1) Isolasi 10 hari di kolej kediaman.
2) Lepas isolasi kena terus tinggal di kolej & dibenarkan menggunakan kemudahan kampus.
3) Sepanjang di kampus tidak dibenarkan keluar kampus kecuali ada sebab-sebab tertentu.
Isolasi bermula 24 Ogos 2021- 4 September 2021. Terus tinggal di kolej kediaman sehingga 30 September 2021. Tujuan I mohon sebenarnya nak buat lab. Pelik juga syarat ni tapi malas nak persoal. Yang penting setel lab, habiskan pengajian cepat-cepat pastu cauuuuu.
Harap-harap cepat la kembali normal sebab dah penat nak hadap pelbagai masalah kerana covid ni. Penyelidikan tertunggak, pening kepala.