Sunday, 24 July 2016

Yeahhh Degree Daa Abis


Perasaan mmg x bleh nak cakap happy giler. Rasa bebas, lapang, tenang, seronok sume perasaan negatif hilang bila daa tamat degree ni. Tapi mungkin gak la sbb ni masih awal-awal. Maybe nanti lama-lama rasa bosan kot sebab mereput tak buat papew. 


Sekarang ni nak tunggu result exam... Moga-moga dapat la 4 rata. Aminnn

Sunday, 19 June 2016

Assalamuaikum dude~~~

Hari ni study days, ak study sikit bagus laa kan dari dok tergolek tak buat apa-apa. Ni adalah exam terakhir sebagai student. Agak eksaited jugak laa. hehehe Actually tak sabar nak habis degree. Tapi still rasa takut apa akan jadi lepas grad. Terikat dengan kontrak JPA, ak harap kontrak ni dapat memberi manfaat laa. Sempena Ramadan ke 14 ni, ak asyik busy gak belajar masak. Hahaha nampak tak semangatnya nak belajar masak. Lahaii apalah aku merepek ni.


Moga allah permudahkan hidup ak ni. Amin.

Saturday, 4 June 2016

Counting for June 2016 Final Exam

Lebih kurang dalam 2 minggu lagi, abam bakal menempuh final exam. Alhamdulilah progress fyp sangat-sangat baik. Insyaallah dapat siapkan dalam masa terdekat. By the end of July 2016 maka tamatlah pengajian degree dekat UiTM Arau yg selama 3 tahun.

Rasa excited pon ada, rasa risau pon ada. Agak2 macam mana la life after degree. Moga Allah permudahkan. Moga Allah jaga buah hati sorang tu. Hewhew >_<


Byeee~~~~

Saturday, 7 May 2016

Band 4 Yeah~~~

Keputusan muet baru je diumumkan pada 5 mei 2016. Yeah abam dpt band 4 hahaha. 202/300 score. Sangat-sangat happy dan bersyukur, 100% study sendiri, search internet, belajar lagu inggeris, baca banyak artikel, all these things sgt2 membantu. Sekian, berita dari abam. Muahahaha

Tuesday, 26 April 2016

Last Sem be like Penat Sehhh

Struggle betul bila last sem ni. Banyak benda nak fikir. Moga Allah permudahkan semuanya.

Sunday, 17 April 2016

Result Muet Sesi Mac 2016

Ikut firasat, rasanya result keluar awal bulan May. Hopefully betul laa gaiss.

Friday, 1 April 2016

Hello gaiss..

Baru hari ni rasa nak update blog. Korang semua sihat? Aku x berapa sehat, kena serang dgn selsema & demam. Yelakan cuaca sekarang ni perghhh menduga keimanan, pedih semacam panasnya.

Beberapa bulan je lagi nak abis degree Physics. Terpinga-pinga sama ada nak proceed master atau kerja. Buah hati pon x sure nak keje ke sambung belajar. Academic inflation pon teruk sekarang ni. Graduan ramai kerja sikit. Masalah.


Harap-harap inflation dekat malaysia ni cepat-cepat berlalu.

Isolasi Di Kolej Kediaman untuk Penggunaan Kemudahan Kampus

 Assalamualaikum wbt semua. So nak dijadikan cerita, I mohon dengan IPS untuk masuk makmal buat penyelidikan tapi kena ikut syarat tertentu....