Wednesday, 25 August 2021

Isolasi Di Kolej Kediaman untuk Penggunaan Kemudahan Kampus

 Assalamualaikum wbt semua.


So nak dijadikan cerita, I mohon dengan IPS untuk masuk makmal buat penyelidikan tapi kena ikut syarat tertentu. Syaratnya adalah seperti berikut:

1) Isolasi 10 hari di kolej kediaman.

2) Lepas isolasi kena terus tinggal di kolej & dibenarkan menggunakan kemudahan kampus.

3) Sepanjang di kampus tidak dibenarkan keluar kampus kecuali ada sebab-sebab tertentu.


Isolasi bermula 24 Ogos 2021- 4 September 2021. Terus tinggal di kolej kediaman sehingga 30 September 2021. Tujuan I mohon sebenarnya nak buat lab. Pelik juga syarat ni tapi malas nak persoal. Yang penting setel lab, habiskan pengajian cepat-cepat pastu cauuuuu.


Harap-harap cepat la kembali normal sebab dah penat nak hadap pelbagai masalah kerana covid ni. Penyelidikan tertunggak, pening kepala. 

Thursday, 29 July 2021

Situasi Pandemik Covid 19 & Kesan Kepada Pelajar Siswazah

 Hai, lama tak menulis.✋


Situasi pandemik covid di Malaysia nampaknya masih belum membaik. Setakat minggu ini sahaja purata kes harian adalah 17000 kes sehari. Dengan kadar vaksinasi yang melebihi 500000 ribu sehari dapat sikit melegakan. Walaupon begitu, pelajar siswazah khususnya yang membuat penyelidikan agak terkesan. 


Saya ingat last saya masuk makmal adalah sebelum rasa puasa & sampai sekarang masih belum dapat meneruskan eksperimen. Amat risau juga sebab kita merancang untuk Grad On Time (GOT). Dengan situasi yang tak menentu ini, saya banyak menghabiskan masa dengan penambahbaikan literature review & menghasilkan jurnal untuk diterbitkan.


Ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) institusi pengajian tinggi awam & swasta akan dibuka semula bermula September 2021. Harap siswazah dibenarkan masuk ke kampus untuk masuk ke makmal agar penyelidikan dapat dijalankan.

Sunday, 31 January 2021

Penyelidikan Luar Negara

 Penyelidikan Luar Negara


Penyelidikan luar negara adalah option yang diberikan kepada penyelidik untuk membuat penyelidikan di institusi di luar negara. Alhamdulilah dapat tajaan untuk menghadiri persidangan antarabangsa atau membuat penyelidikan luar negara.


Kalau memilih penyelidikan luar negara, maksimum tajaan yang diberikan kepada penyelidik selama 3 bulan. Ikut perancangan nak pergi lagi Universiti Hokkaido untuk buat penyelidikan luar negara kat situ. Memandangkan situasi pandemik masih belum terkawal, perancangan ini ditangguh dahulu.


Teringin nak pergi makmal dekat RIES lagi. Musim salji dengan sejuknya, memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Banyak input & pengalaman berharga ketika handle optical tweezers (OT) di sana. Pengetahuan dalam bidang OT dan cabang ilmu yang berkaitan.

Penyelidikan Semasa Pandemik & Cabaran

Sejak Malaysia dah implement PKP 2.0 & darurat, aktiviti penyelidikan di universiti agak terjejas. Sebagai pelajar postgrad, aktiviti penyelidikan tidak dapat dijalankan. Inilah antara cabaran semasa pandemik.

Walau bagaimanapun, aktivti seperti pembacaan jurnal masih diteruskan termasuk perjumpaan dengan penyelia secara virtual membincangkan status penyelidikan & perancangan penyelidikan semasa pandemik.

Dengan kes harian mencecah 5000-6000 kes sehari, agak susah untuk jangka bila universiti akan dibuka untuk aktiviti pelajar. Harap kerajaan dapat segera atasi masalah pandemik ni. 


Friday, 1 January 2021

Ijazah Doktor Falsafah (Fizik) PT122, Universiti Pendidikan Sultan Idris

 Assalamualaikum wbt.


Dengan lafaz bismillah, aku telah daftar sebagai pelajar Ijazah Doktor Falsafah (Fizik) di UPSI. Sebelum ini, aku memang buat Sarjana (Fizik) di UPSI. Aku baru saja daftar pada 27 Oktober 2020 secara online maklum la zaman COVID 19. Memang tak jangka pon hendak sambung sebab sebelum ini aku kerja sebagai Cikgu Fizik di sebuah sekolah antarabangsa.

Sebenarnya, aku dah bagi tahu Dr Kad, aku 50-50 hendak sambung atau sebaliknya kerana bergantung terhadap keputusan MyBrainSc 2020. Untuk pengetahuan semua, aku apply PhD ni bulan Februari 2020 dan apply MyBrainSC 2020 pada Jun 2020. Alhamdulilah, ditawarkan biasiswa MyBrainSc 2020 untuk pengajian PhD Fizik di UPSI.

Aku sambung PhD Fizik dalam mod penyelidikan sepenuh masa. Memang rutin aku weekday hanya ada di Makmal Optik Gunaan, Jabatan Fizik, UPSI. Hari minggu biasa stay di Tanjong Malim atau balik Cheras. 

Bidang penyelidikan masa dalam bidang yang sama iaitu "Pengepit Optik & Manipulasi". Ada beza sebenarnya, di peringkat sarjana hari tu penyelidikan lebih berfokus pada manipulasi optik di antaramuka air dan udara (100% fizik). Di peringkat PhD, penyelidikan yang aku buat sekarang dah bercampur dengan kimia (manipulasi cecair kristal nematik) lebih kurang la. Lagi mencabar. Tapi disebabkan ada supervisor yang berpengalaman & sangat membantu, so boleh rasa lega sedikit.

Moga-moga dapat tamat dengan GOT. Amin.

COVID 19 Bila nak habis ni????

 Salam gaiss, tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar. Di zaman COVID 19, ramai yang terkesan dari segi kewangan, mental dan sebagainya. Alhamdulilah, walaupun banyak cabaran dan kekangan, hidup tetap diteruskan. Hari ni 1 Januari 2021, kes COVID 19 di Malaysia tetap tinggi lebih 2000 kes sehari. 

Bermula dengan PKP di Feb 2020, PKPB bermula Jun 2020, PKPP Ogos, dan sekarang PKPP dilanjutkan sehingga 31 March 2021. Nampak gaya COVID 19 masih berlarutan dan belum tentu dapat diatasi walaupun vaksin telah ada.

Tahun ni dah masuk umur 27 lol. Tacoddd... Hidup kena diteruskan.

Tamat Master in Science Physics MT122 UPSI

 Salam gaiss, I dah lama tak update blog I ni. Just nak inform I dah tamat Master in Science (Physics) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. I berjaya lulus viva voice dengan 3 bulan pembetulan pada 22 Februari 2019. Masa ni risau juga bila viva tanpa penyelia utama Dr Kad. Dr Kad hadir secara virtual & Dr Izan ada sekali masa viva tu.

Alhamdulilah setel viva.


Muka happy setelah tamat viva. Peminat-peminat setia datang memberi semangat. Hahahaha. Dari kiri Farid, Husna & Kak Su.


Barisan panel viva hari tu. Dalam komputer tu Dr Kad. Comel je hahaha. Dari kiri Dr Izan (Penyelia bersama), Dr Hadi (Panel luar), Dr Ikhwan (Panel dalaman), Prof Mus (Wakil FSM) dan wakil IPS UPSI..lupa pula nama...


Pengalaman yang takkan dilupakan. Malam sebelum viva tak lena tidur. Jauh dari Shah Alam datang Tanjung Malim untuk sempurnakan viva.

Isolasi Di Kolej Kediaman untuk Penggunaan Kemudahan Kampus

 Assalamualaikum wbt semua. So nak dijadikan cerita, I mohon dengan IPS untuk masuk makmal buat penyelidikan tapi kena ikut syarat tertentu....