Friday, 1 January 2021

Ijazah Doktor Falsafah (Fizik) PT122, Universiti Pendidikan Sultan Idris

 Assalamualaikum wbt.


Dengan lafaz bismillah, aku telah daftar sebagai pelajar Ijazah Doktor Falsafah (Fizik) di UPSI. Sebelum ini, aku memang buat Sarjana (Fizik) di UPSI. Aku baru saja daftar pada 27 Oktober 2020 secara online maklum la zaman COVID 19. Memang tak jangka pon hendak sambung sebab sebelum ini aku kerja sebagai Cikgu Fizik di sebuah sekolah antarabangsa.

Sebenarnya, aku dah bagi tahu Dr Kad, aku 50-50 hendak sambung atau sebaliknya kerana bergantung terhadap keputusan MyBrainSc 2020. Untuk pengetahuan semua, aku apply PhD ni bulan Februari 2020 dan apply MyBrainSC 2020 pada Jun 2020. Alhamdulilah, ditawarkan biasiswa MyBrainSc 2020 untuk pengajian PhD Fizik di UPSI.

Aku sambung PhD Fizik dalam mod penyelidikan sepenuh masa. Memang rutin aku weekday hanya ada di Makmal Optik Gunaan, Jabatan Fizik, UPSI. Hari minggu biasa stay di Tanjong Malim atau balik Cheras. 

Bidang penyelidikan masa dalam bidang yang sama iaitu "Pengepit Optik & Manipulasi". Ada beza sebenarnya, di peringkat sarjana hari tu penyelidikan lebih berfokus pada manipulasi optik di antaramuka air dan udara (100% fizik). Di peringkat PhD, penyelidikan yang aku buat sekarang dah bercampur dengan kimia (manipulasi cecair kristal nematik) lebih kurang la. Lagi mencabar. Tapi disebabkan ada supervisor yang berpengalaman & sangat membantu, so boleh rasa lega sedikit.

Moga-moga dapat tamat dengan GOT. Amin.

No comments:

Post a Comment

Isolasi Di Kolej Kediaman untuk Penggunaan Kemudahan Kampus

 Assalamualaikum wbt semua. So nak dijadikan cerita, I mohon dengan IPS untuk masuk makmal buat penyelidikan tapi kena ikut syarat tertentu....